Sunday, 28 September 2014 | 07:39 | 0 comments

Assalammualaikum , yaw ! apa khabar ? setelah sekian lama tidak mengemaskini semula blog saya yang usang ini terasa ingin menaip semula dan menjadi keyboard warrior dalam blog saya sendiri . hehehe . Setahun sudah berlalu , kini saya menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris as well as (UPSI) . Ya , memang benar saya sudah berumur 18 tahun dan semakin hari diri ini ingin menjelajah dunia luar dan ada saja perbualan yang dibahaskan entah apa-apa saya tidak tahu . xD
Bak kata orang tua-tua , minum kupi-kupi dulu kita . Bha hari ini saya mow besakap pasal tu final assessment saya hari tu , that held on friday . ceeeh , orang putih sikit kunun .
Let me answer the title that i wrote , before i got split into two groups which are my bands . So , the story begun , semasa saya sedang menghadapi kesulitan berhadapan dengan gigi yang bermasalah. On that time , saya sedang praktis bersama dengan rakan seperjuangan/band muzikaliti saya. Hampir setengah jam saya menahan kesakitan yang teramat sangat membuat mereka membenarkan saya pergi ke klinik upsi yang cuma bersebelahan dengan fakulti muzik dan seni persembahan. Jam menunjukkan 1 tepat . Sedang saya menuju ke klinik tersebut , kelihatan dua orang gadis sedang menunggu di luar sehingga klinik beroperasi semula. Saya dengan segera pergi semula ke fakulti. Setibanya saya di bilik km (kuliah muzik) , kumpulan saya sudah tidak ada disitu. Saya menunggu sehingga jam 2 dan pergi semula klinik .
02:00 am . Saya menunggu di hadapan pintu klinik sehingga buka. Kelihatan jururawat sedang mengalihkan tanda tutup pada pintu tersebut kepada buka. Dengan segera saya ke kaunter dan bertanya klinik pergigihan di mana. Pada hari itu saya membuat appointment dengan doktor. Setelah bebehari hari tidak membuat latihan bersama dengan kumpulan saya. Tiba-tiba saya terkejut dengan komen-komen di dalam group whatsapp. Berhadapan dengan itu , satu pergaduhan tercetus membuatkan kesalahfahaman telah berlaku di antara kumpulan dengan saya sendiri. Pada waktu itu, saya mengadu dengan teman sebilik saya yang juga amat rapat dengan saya walaupun baru sahaja berkenal beberapa bulan yang lalu.
Setelah beberapa persoalan terungkap , saya telah menentukan untuk keluar dari kumpulan asal saya. Dengan itu saya ditarik masuk ke kumpulan kedua saya iaitu G3. Disitu , saya telah berkenalan dengan beberapa orang yang agak asing bagi saya tetapi setelah beberapa hari bersama, saya dapat menyesuaikan diri bersama mereka. Walaupun bukan ahli kumpulan asal saya tetapi berasa amat bertuah mengenali mereka yang juga amat peramah. Bersama dengan kumpulan baharu saya kami cuma berlatih dua hari kalau tak silap saya.
Pada malam perjumpaan bersama dengan batch sem 1 saya tidak dapat menghadirkan diri kerana sakit. Teman sebilik saya telah menceritakan semula kejadian yang berlaku pada malam tersebut dengan membuat confession dihadapan budak-budak batch sem 1. Saya cuma mampu mendiamkan diri sahaja. Pada malam itu juga, saya turun ke kafeteria untuk membeli makanan sebagai alas perut. Di hadapan minimart, saya terserempak dengan kumpulan asal saya dan dengan tiba-tiba ketua kumpulan dengan segera memanggil nama saya dan menyuruh saya masuk semula dalam kumpulan itu. Semalaman saya berfikir. Apabila saya bertanya dengan teman sebilik saya akhirnya persoalan itu telah terungkai dan dengan saya kembali semula ke pangkuan kumpulan asal.
Dengan ini saya telah mempunyai dua kumpulan dalam satu masa. Alhamdullilah, setelah beberapa hari saya sudah boleh tersenyum dengan indahnya. Masalah yang dihadapi saya sudah dapat diselesaikan bersama rakan-rakan seperjuangan. Saya sangat-sangat berterima kasih , walaupun ada sesetengah perkara yang saya tidak dapat elakkan seperti menghafal dua lagu untuk dua kumpulan pada masa yang sama. Syukur pada ilahi.
Bha , tamat sudah. itu sejalah hari ni. ;) len kali kalau ada masa lagi saya update. keep in touch :3
