Thursday, 3 October 2013 | 22:55 | 1 comments

Assalammaualaikum w.b.t . Hari ini saya nak membongkar rahsiah . Nampak tak gambar di atas tu ? itulah namanya batu , tapi bukan sebarang batu kerna ia adalah batu geliga . Ia dikatakan adalah batu ajaib . Sebenarnya batu ini dimiliki oleh bapa saya . Beliau berkata bahwa batu ini dijumpai di dalam serai pada bulan ramadhan . Nama lainnya adalah batu geliga serai wangi "beliau sendiri yang menamakannya".
Batu ini juga akan bertukar menjadi keemasan jika digosok . Apabila selepas dua ke tiga hari ia akan bertukar semula ke warna asalnya . Batu ini juga tidak pecah apabila dihempas ke lantai atau simen yg konkrit . Wallahualam .
Ini juga merupakan batu . Tetapi , namanya tidak diketahui . Beliau menamakannya "Batu embun" kerana ia seakan-akan air jernih yang menitis . Pada minggu lalu batu ini ditemui . Ianya dijumpai di dalam kelapa apabila beliau sedang meminum air kelapa tersebut . Hanya tuhan sahaja yang tahu . Waallahualam .
Batu ini juga ditemui di dalam kelapa . Rupanya seakan-akan tombong kelapa . Ianya dinamakan "Batu tombong kelapa" beliau berkata . Ajaibnya kuasa Allah kerna menjadikan tombong kelapa kepada batu .
Ia adalah sejenis kayu bamboo . Ia dinamakan Bamboo bertemu urat oleh beliau sendiri . Kegunaanya adalah untuk merawat penyakit misteri beliau berkata . Beliau menjumpainya di dalam bamboo .
Ia bukan sabut kelapa tetapi ia adalah rambut jin . Beliau berkata lagi , sesiapa yang ingin melihat sendiri dengan mata kasar anda boleh kesini di Kg.Nongkolud , Tuaran . Dikatakan , ia dijumpai pada waktu malam dan beliau juga akan menjumpai benda-benda yang aneh . Waallahualam hanya tuhan yang tahu .