Thursday 20 December 2012 | 01:06 | 0 comments
Assalammualaikum. Alhamdullilah aku masih hidup lagi di dalam dunia yang fana ini dan menghirup udara yang segar. Selesai sahaja aku daripada menunaikan solat asar aku kembali semula ke dunia maya. Aku akan memulakan entry aku dengan cerita yang mungkin akan menitiskan air mata para pembaca.
Selama sebulan aku dan kakak bersama dan kini telah terpisah semula. Sememangnya aku tidak bisa menghalangnya untuk pergi kerana dia juga punya kerjaya yang ingin dikecapinya. Aku hanya mampu tersenyum dan gembira melihatnya menjadi seorang kakak berjaya. Kakak herdah atau boleh dikenali dengan panggilan Wano, adalah seorang kakak yang baik, rajin, kadang2 pemarah, cantik dan salah satunya dia seorang yang sangat tegas terhadap sesuatu perkara. Walaupun, sering aku dimarah tetapi aku tidak sama sekali membenci kerana aku menyayanginya sebagai seorang adik.
Sungguh banyak kenangan bersamanya dan selama sebulan dia berada di sini aku tak pernah sekali merinduinya sampai menitiskan air mata ini. Tetapi pada hari ini, aku meluahkan segalanya di dalam diari blog ini. Aku masih ingat lagi bila aku dan kakak menonton wayang bersama walaupun bukan di panggung wayang tetapi itu sudah mencukupi bagi ku untuk meluangkan masa bersama dengannya. Running man adalah salah satu wayang marathon yang dia suka. Kami akan menonton bersama dan bergelak ketawa bersama. Alangkah indahnya jika aku bisa mengundurkan masa dan masih berada pada waktu tersebut. Tetapi apakan daya aku cumalah hamba Allah.
Pada saat ini, aku teringat akan caranya melayan kerenah anak-anak saudara-mara. Aku juga akan turut serta membantunya menjaga anak pakcik. Bagaimana hendak ku ucapkan dia memang seorang kakak yang saya sangat sayang. Semalam, aku menyuruhnya untuk terus tinggal di sini tapi, itu cumalah kata yang hanya gurauan senda. Dia tersenyum melihat ku.
Tepat jam 12, dia menyuruh aku untuk memasakkannya maggi + telur. Aku pun terus ke dapur dan masak sesedap-sedapnya seperti masakan yang selalu dia masak. Apabila dia makan, dia langsung tak mengeluh. Malah, dia memberi lebihannya untuk ku. Aku pun menolak tetapi dia terus memberi ke dalam tanganku. Aku pun menjama selera aku dengan maggi yang masak itu. Selepas selesai menonton tv bersama kami pun tidur. Apabila tersedar pada waktu subuh kerana dibangunkan oleh kakak,aku pun terus bangun dan melihat dengan senyuman yang sangat ikhlas. Tetapi , alangkah bagusnya jika aku dapat bangun bersama dengannya dan dapat meluangkan sedikit masa lagi. Tapi itu sudah cukup bagus. Aku redhah dengan-Mu ya Allah. Lindungilah kakak ku daripada sebarang kejahatan. Amin .
One last sentences I MISS U KAKAK !!! >_<