Saturday 15 December 2012 | 02:38 | 0 comments
Assalammualaikum. Alhamdullilah di petang yang mulia ini bersamaan dengan tarikh 15/12/2012 , sabtu. Masa berjalan dengan pantasnya tanpa disedari suka duka, pahit yang telah ku lalui kini telah berlalu pergi. Tinggal saja hanya kenangan yang manis bagaikan buah epal yang ku gigit sekarang. Kekadang ku imbas kembali apa yang telah terjadi di masa lalu. Kekadang juga aku merasa diriku sangat ego/sombong/lupa kawan dan yang sama waktu dengannya. Tapi apa kan daya nak ku putarkan kembali ke masa lalu. Aku juga insan biasa yang takkan pernah sempurna kecuali Allah s.w.t.
Di sini aku meluahkan perasaan yang telah lama terpendam, disini juga aku menulis karya ku. Setiap patah perkataan, setiap ayat yang ku bina, setiap masa yang ku buang kerna berkarya disini, setiap jam berdetik aku menjana duit bersama dengan iklan nuffnang, churchurp dan yang terbaru says. Kini aku masih disini bertahan untuk berkarya di blog aku yang tak berapa nak famous. Tapi aku percaya suatu saat nanti aku juga boleh menjadi salah seorang blogger yang pro. Jika aku berusaha dengan lebih gigih. Kata orang "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Usaha itu tangga kepada kejayaan dan bakal menjadi milik kita. Hanya jika kita masih ingin berusaha insyaallah kejayaan pasti kita kecapi.
Ketika jari-jemari ku sedang menaip memikirkan tentang apa yang sedang berlaku membuatkan aku terpaku sebentar kerana kehilangan idea. Aku meneruskan lagi dengan ayat-ayat yang boleh membuatkan para blogger terpegun tapi apa kan daya idea ku setakat hanya nak dibaca. Sebaris ayat telah kulengkapkan tapi masih membuatkan para blogger keliru apa yang nak kusampaikan. Mereka masih tercari-cari dan ada juga yang terus beredar tanpa meninggalkan footprint mereka disini. Siapalah aku nak di hargai aku cuma seorang blogger yang suka berkarya.
Setiapa kali aku ingin memulakan perenggan aku akan mencari idea yang menarik untuk membuatkan blog aku lain daripada yang lain. Tambahan pula, dengan aksesori yang kutambah di blog ku yang serba sederhana ini. Aku berhenti seketika lagi kerana kekurangan idea yang memberangsangkan. Jam berbunyi , masa berjalan dan menandakan sudah masuk waktu maghrib. Aku masih disini menulis ayat yang seterusnya dan para blogger hairan kerana aku masih tak pergi menunaikan solat. Jika anda perempuan yang membaca anda pasti tahu, tapi jika anda lelaki anda masih tak tahu/ sesetengah orang pasti faham.
Sebentar tadi aku terdengar bunyi cicak dan aku teringat akan kedua kakak ku. Mereka sungguh membenci kepada mahluk allah ini kerana mereka geli diatas peristiwa yang telah menimpa mereka. Aku hanya mampu tersenyum dan mula ketawa kerana apabila ku ingat kembali masa itu sungguh bisa membuatkan perut orang yang sedang membaca nhe pun kecut. Sudah tiba masanya ku undur diri kerana sudah lima perenggan ku tulis. Mungkin di lain hari lagi kita bakal bertemu kembali.
Sincerely, Ash.
6:00-6:38