Saturday 1 September 2012 | 22:25 | 0 comments
Keperitan dan kesedihan masih kurasai hingga ke hari ini. Sungguh tak ku sangka kau berpaling dariku. Walaupun begitu , kau akan sentiasa menjadi kenangan manis buaku. Oh kawan, Masihkah kau ingat tentang aku? Tidakkah kau ingin melihat kembali senyuman ku dikala engkau duka ? Sedarkah engkau telah melukai hatiku? Oh kawan kembalilah padaku. Kau teristimewa buatku kawan. Masihkah kau ingat perjalanan suka duka kita dahulu? Wahai kawan , aku sangat merinduimu. Kini kau berubah dengan begitu pantas sekali. Kau bukan lagi yang seperti dahulu. Sungguh tak ku sangka bila aku sudah berpindah ke kelas lain kau sudah mempunyai kawan yang begitu rapat sekali hingga menyebabkan kau lupa dan alpa tentang kami. Dulu kita sentiasa bersama walau dimana sahaja kerna kita sudah berjanji akan setia kepada persahabatan ini. Tapi semua itu cuma kata-kata yang mampu memesongkan kami. Oh kawan , hanya satu ku pinta darimu jangan pernah lupa akan kami kerana kami akan sentiasa ingat akan dirimu kawan.
Setulus ikhlas dari kami.