Saturday 10 March 2012 | 17:26 | 0 comments
Episode 6
Masa kedua P&P berjalan seperti biasa. Masa itu semua orang sedang membincangkan tentang kelas yang akan dicat pada hari isnin minggu depan kata cikgu. Aku pula sibuk dengan "A word a week" yang baru sahaja dibagi ,dan ketua kelas menyuruh aku menampalkannya. Selepas itu, aku pun bertanya kepada mereka satu per satu. Tetapi mereka hanya mengatakan bahawa mereka juga tidak tahu. Tetapi saya nampak mereka gembira sahaja. Perasaan saya sudah mulai berubah menjadi buruk. Aku hanya mendiamkan diri di dalam kelas. Kawan rapatku bertanya "kenapa Ash? janganlah bad mood lagi ok". Aku pun tidak mengendahkannya juga. Pada masa yang sama juga kertas puisi ku telah hilang entah kemana. Di dalam hati hanya berkata "ke manakah kertas itu?apa saya nak cakap dengan cikgu nanti?". Tetapi alhamdullilah keadaanku mulai redah sesudah bunyi loceng kedengaran dan aku menuju ke hadapan untuk mencapai gitar idamanku. Hari ini mungkin latihan akan dibatalkan dan seperti biasa aku menunggu di perhentian bas bersama dengan rakan-rakanku. Setibanya saya di rumah, perkara yang mula-mula sekali saya bat ialah bermain gitar dan selepas itu saya pergi mandi dan menunaikan solat zohor. "Ya allah kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku. Kau ringankanlah segala dugaan yang engkau berikan. Amin". Doaku jelas kedengaran dan sentiasa ada rasa bersalah di dalam hati. Sejurus selepas solat, aku langsung ke dapur untuk makan. Seperti biasa aku akan bermain laptop untuk melayari internet. Kemudian pada malamnya, aku termimpikan seorang jejaka yang tampan cuba mendekatiku. Lalu aku menutup muka dengan tangan dan tidak sama sekali tersenyum melihatnya. Aku pun berpaling darinya dan suatu cahaya yang bersinar yang datang dari arah belakangku lalu aku menuju ke arahnya. Ia seolah-olah menarik perhatianku. Aku terus memasuki ke dalam cahaya tersebut lalu aku terjaga dari tidurku. "Astaghfirrullahalazim, mimpi apakah ini?". Jam di dinding sudah mengatakan pukul 4 subuh. Aku terdiam dan hanya memikirkan tentang hal itu. Cuti sudah bermula, seminggu akan menjadi kenangan buatku dan teman-teman. Pada malam keesokan harinya, saudaraku yang datangnya dari seberang telah tiba di sini. Aku pun terkejut kerana mendengar yang bahawa aku akan dipindahkan ke sekolah sana. Sehingga kini aku masih memikirkannya. Ditambah lagi dengan masalah ini yang kekasih ku kini telah menipuku yang aku sendiri juga tidak percaya. Lalu saudara perempuan bertanya siapakah lelaki tersebut. Dia mengatakan bahawa dia mengenalinya kerana itu ialah kawan kepada abangnya. Aku sungguh tak pecaya. Lalu dia menunjukkan satu akaun facebook yang rupanya sama persis seperti kekasihku. Memang tidak dapat dinafikan lagi, memang benarlah itu dia. Aku bertanya kepadanya dan dia pun berkata ya. Aku sungguh kecewa. Perhubugan kami hanya sampai disitu sahaja. Tetapi itu tidak akan menjadi penghalang buat aku berjaya di dalam dunia ini, kerana ini cuma cinta muka buku. Aku tersenyum-senyum dan mengemaskini status dengan ayat yang tegas " I will never trust any guys in this world again". Betapa aku tak sangka yang selama ini aku cuma dipermain-mainkan. Ini masuk kedua kalinya aku ditipu. Aku hanya redha kepadanya. "Mungkin Allah inginkan yang terbaik buatku". Aku lalu tidak ingin ingat lagi dengan perkara ini dan tekad untuk meneruskan pelajaran dan tidak ingin lagi bercinta.