Friday 2 March 2012 | 08:24 | 0 comments
:: Episode 3 ::
Sejurus selepas itu, dia kembali ke tempat duduknya yang berada tepat di hadapan ku. Dia pun pusing ke belakang dan berkata , Kenapa begini? Apa salahku?. Aku tidak melayannya dan dia cuba untuk menghiburkan aku dengan melihat mataku dan menunjukkan riaksi yang boleh menggembirakan aku. Tetapi aku hanya diam dan menutup mukaku dengan menggunakan buku yang berada di hadapan ku. Ia menunjukkan yang aku sedang membaca buku dengan begitu khusyuk. Pada masa tersebut aku tersenyum tersipu malu kerana melihat matanya.
Nasib menyebelahiku kerna dia tidak melihat aku tersenyum sinis. Dia pun berpindah tempat duduk di hadapan bersama dengan rakan-rakannya. Hati ini mulai tak tenang kerana ketika aku ingin berbaik dengannya , dia berpaling dan pergi tanpa meninggalkan senyuman manis. Kerisauan di dalam jiwa semakin bertambah apabila dia tidak melayan aku seorang sahaja. Kelemahannya hanya satu sahaja, dia lemah apabila melihat wanita menangis kerana dia tidakperkara kembali semula. Tamat sesi pembelajaran aku terus keluar dari kelas dengan membawa gitar idamanku. Aku pun menunggu seorang kawan ku yang juga mengikuti sayembara sajak yang berkumpulan. Dia merupakan salah satu pemain utama biola di dalam kumpulan kami. Secara tidak sengaja waktu itu aku tunduk ke bawa sedang menunggu kehadiran kawan ku. Di dia pun muncul di hadapan ku dan berkata, Kenapa marah? Jangan Bersedih lagi ok. Saat itu aku benar-benar telah jatuh cinta kepadanya. Aku pun menjawab , Saya tak marah tapi awak tak maafkan saya. Maafkan saya ye awak? Si dia , maaf? ikhlas ker. eheh, ok saya maafkan awak. Kami mulai berbaik-baik. Alhamdullilah aku dan dia menjadi kawan rapat bersama dengan dua lagi kawan ku yang takkan ku lupakan jasa mereka. Hari demi hari cabaran yang hangat ditempuhi oleh ku.
~To be continue~