Friday 2 March 2012 | 07:58 | 0 comments
::Episode 2::
Hari-hari ku kini kian suram tanpa tawa dan senyuman manis darimu. Keesokan harinya, aku pun mulai membisu. Aku tak bercakap sepatah kata pun dengan kawan-kawan ku. Aku cuma mengangguk dan berkata ya atau tidak. Seorang kawan saya bertanya , Wahai teman kenapakah engkau membisu? Aku cuma diam dan seterusnya aku mulai mengalirkan air mata tanpa berhenti sehingga aku menangis teresak-esak. Seorang jejaka datang mendekati ku dan berkata , Wahai teman aku tahu akan perasaan mu terhadapnya, janganlah engkau menangis hanya kerana lelaki itu.Masih ramai jejaka di luar sana. Dia pun mengusap air mata ku. Aku terdiam seketika sehinggakan air mata hilang dibuatnya. Dia seolah-olah pengubat rindu bagiku. Aku tak pernah merasa disayangi tetapi apabila aku bersamanya aku dapat rasakan bagaikan dijaga dan dibelai. Setiap kali masa pembelajaran berlangsung kami sentiasa berkumpul bersama untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Keajaiban ini tak pernah kusangka-sangka selepas aku ditinggalkan oleh teman lelaki yang telah memutuskan hubungan kami. Setelah mendengar segala kata-katanya jejaka ini telah memberikan aku harapan untuk bangkit semula. Semakin hari aku bertambah cemerlang di kelas yang tidak seberapa itu. Aku sentiasa menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di hadapan. Malah, apabila si dia tidak memahami akan sesuatu topik itu dia pun bertanya dan aku akan mengajarnya sehingga dia memahami topik tersebut. Aku mulai rapat dengan si dia dan pada masa terluang dia juga akan menjadi bahan bulian ku. Dua minggu berturut-turut aku mulai merasakan kelainan yang bahawa hadirnya cinta di dalam hati ini. Setiap kali aku memandang matanya yang bersinar bak' mentari hatiku mulai luluh dan berpaling untuk menutupi segala perasaan ku terhadapnya. Bagaimana harus aku mengatasi masalah ini? Pada malam sebelum itu aku berfikir secara mendalam , patutkah aku mengelak dan tidak melayannya? Atau aku harus melayannya seperti sediakala? Keesokannya, aku mengelak dari dirinya supaya tidak menimbulkan rasa curiga. Aku tidak ingin menjadi perempuan yang hanya menginginkan kasih sayang daripada seorang lelaki yang telah memberikan aku harapan itu. Ketika di kelas aku hanya bercakap kepada kawan rapat ku sahaja kecuali si dia. Dia pun mulai merasakan kelainan. Aku tertanya-tanya , Mungkin pada masa ini dia memikirkan tentang diriku dan bertanya apa sebenarnya kesalahan yang telah dia lakukan kepadaku?
~To be Continue~