Saturday 10 March 2012 | 06:57 | 0 comments
Episode 5
Pada hari jumaat itu, aku sangat gembira kerana itulah kali terakhir aku akan bersama dengan kawan-kawan ku. Alhamdullilah, sekarang aku lebih menumpuhkan pada pelajaran dan aku sudah tidak memikirkan tentang si dia. Ujian berlangsung pada hari isnin dan tamat pada hari jumaat. Walaubagaimanapun, di dalam hati mengatakan bahawa "gembira tetap gembira but kena juga belajar". Sesudah sampai ke sekolah bersama dengan harapan yang tinggi untuk lulus , aku tersangat kegirangan kerana aku teringat kepada seseorang yang menjadi kekasih ku yang dulu. Bahkan, aku sering memimpikan dia di dalam tidurku sampai-sampaikan aku mengalirkan air mata semasa dan ketika aku tidur. Tetapi mimpi kali ini sangat berbaza dari yang lain. Ceritanya begini , masa tu aku berada dalam rumah orang yang tak diketahui. Aku nak keluar dari rumah tu, tiba-tiba aku ternampak satu pintu berwarna coklat dan aku pun nekad untuk membukanya. Secara perlahan aku mendekati pintu tersebut lalu membukanya dan aku pun terkejut. Aku terdiam seketika kerana melihat dia duduk di sana yang sedang termenung jauh melihat ke luar tingkap. Aku terus memanggil namanya. Dia pun menoleh kepadaku dan berkata " apa lagi yang engkau mahu dariku? Engkau telah menyakitkan hatiku. Aku sudah tidak memerlukan kamu di dalam hidupku. Maaf. " . Lalu dia pergi ke hadapan ku dengan bermukakan sedih yang sangat mendalam. Pada masa itu, hatiku sangat risau dan aku terus menarik tangannya lalu dia melepaskan tanganku. Aku memohon kepadanya agar mempertimbangkan segala yang telah dia perkatakan padaku. Dia tetap dengan pendiriannya lalu dia menutupi pintu itu dan aku terus terduduk di hadapan pintu tersebut dan menangis teresak-esak. Air mata yang jernih lalu jatuh ke mukaku. Aku yang berselimut tebal kembali ke dunia yang sebenar dan aku terus memikirkan tentang perkara tersebut. Cerita itu berakhir tanpa kesudahan yang tak diketahui. Aku pun mengajak temanku ke "kantin merah" untuk membeli gula-gula supaya tidak merasa mengantuk apabila cikgu sedang mengajar nanti. Aku bimbang akan kawan-kawanku kerana aku tidak mahu mereka risau jadi aku pun menggembirakan mereka dengan menyuruh salah seorang daripada kawanku untuk membeli belon dan menjadi seperti budak-budak semula. Hati kini merasa sangat gembira. Kami bertiga tertawa dan bermain belon sehingga ke kelas. Hari itu adalah hari yang sangat gila bagi kami bertiga dan rakan "Bff". Ini rancangan saya untuk menggembirakan mereka dan untuk kekasih lama ku tahu betapa periangnya aku seperti kawanku yang pernah disukainya. Tapi malang sungguh dia tidak hadir pada hari tersebut. Aku pun sedih kerana usahaku tidak berhasil tetapi itu tidak akan menjadi penghalang untuk aku terus gembira bersama kawanku.