Sunday 4 March 2012 | 23:23 | 0 comments
Episode 4
Tapi hati ini kuat menyatakan,
kau terkini duduk di carta hati,
lalu cinta kita bermula ,
dari mata turun ke jiwa,
dari teman menjadi cinta,
dan berjanji untuk setia,
sehidup semati kita,
menjanjikan bahagia,
untuk kita berdua selamanya.
Aku sentiasa menyanyikan lagu ini bila berada di dalam kelas mahupun di luar kelas apatah lagi bila bermain dengan gitar kesayanganku. Sejak dari hari aku bergaduh dengan si dia itu , aku sentiasa terbayangkan mukanya yang kacak. Subhannallah, begitu indah ciptaan Allah ini. Aku tersenyum keseorangan di dalam bilikku yang tidak seberapa itu. Aku terbayang seketika pabila terfikirkan tentang diriku yang tak cantik ini. Aku berkata " alar aku ni tak cantik pun manalah ada yang suka kat aku ni." Tapi bila diingatkan semula bahawa kita ini mahluk yang dicipta oleh Allah semuanya sama. Cuma berbeza dari segi kecantikan dan keunikan. "Astaghfirrullahalazim apa yang aku fikir ni." Aku redha dengan apa yang aku ada sekarang ni. Sejurus selapas itu, aku pun mula melelapkan mata dengan tenangnya. Hampir 3 jam aku tidur. Bila mendengar seruan azan aku pun bangun dan mula mengambil air whuduk untuk menunaikan solat asar. Bila dah selesai perutku mulai berbunyi lalu aku terus ke dapur untuk makan apa yang ada. "Petang ini aku nak buat apa ya?" terlintas di fikiranku mengenai kerja rumah yang cikgu beri. Aku memeriksa segala buku yang ada padaku. Lalu aku membuat kerja rumah yang telah diberikan. Selepas itu, aku terus mencapai laptopku dan berhubungan dengan kawan-kawan ku melalui "Facebook". Aku tak suka bila melayari internet terlalu lama kerana ini akan menyebabkan kelalaian seterusnya aku lupa kepada dunia nyata ini dan hanya menginginkan keseronokan di alam internet seperti bergurau senda bersama rakan-rakan "Fb" malah berkenalan dengan orang aku tak pernah kenali. Semua ini kerana sikap ingin tahu dan pergaulan bebas yang ada dalam diri ini. Bagaimana harus aku atasinya? Aku ini bagaikan terkena virus yang telah merebak ke seluruh tubuhku terutama sekali tanganku. Tangan ini lah yang menaip segala percakapan kerana kita tidak boleh bercakap melalui internet kecuali apabila berkomunikasi dengan menggunakan camera laptop. Hari itu dalam mata pelajaran pendidikan agama islam, aku tetarik kepada kata-kata ustazah bila dia berkata bahawa "Facebook ini ialah salah satu dajjal. Tapi kita sahaja yang lalai dibuai oleh keseronokan." Aku pun terkejut. Kerana selama ini aku sentiasa menggunakan facebook sebagai manfaat bagi berhubung dengan rakan-rakan.Tapi walaubagaimanapun, sehingga kini aku tetap membuka facebook. Hari ini, aku terbaca satu artikel di surat khabar mengenai facebook. Katanya facebook akan ditutup pada 15 march 2012 ini. Ada yang berkata ya dan ada pula yang berkata tidak. Aku pun tidak berapa pasti tapi aku sedih. Bagaimana aku akan menghubungi kawan-kawanku nanti? Tapi aku tidak mengendahkannya mungkin itu cuma kontroversi yang dibuat oleh pemilik facebook tersebut. Bila tengok ke luar hari semakin gelap aku pun toleh ke belakang untuk melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan masa untuk aku menunaikan perintah kepada Allah. Aku buat perkara yang sama setiap hari. Bila aku rasa mengantuk aku akan terus pergi ke bilik untuk mengambil tilam yang usang itu dan menebarkannya lalu aku membaca doa tidur dan terus menenangkan mata ini.
~To be continue~